Tarian Kaum India
- Bharathanatyam
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian kaum india. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
- Odissi
Tarian Odissi juga dikenali
sebagai Orissi ialah satu daripada lapan bentuk tarian klasik india.Tarian ini berasal
dari negeri Odisha di bahagian timur India.
Berlandaskan bukti arkeologi, tarian ini merupakan bentuk tarian yang masih kekal
yang tertua di India.Treatis klasik tentang tarian India, Natya Shastra, merujuk kepadanya
sebagai Odra-Magadhi. Timbulan bes abad pertama SM yang
terdapat di bukit-bakau Udaygiri (berhampiran Bhubaneswar)
menjadi bukti kepurbaan bentuk tarian ini. Tarian ini disekat dalam zaman Raj British akan
tetapi sudah dipulihkan semenjak kemerdekaan India.
Bentuk tarian ini dibezakan daripada bentuk-bentuk tatian
klasik India yang lain dengan keutamaan yang diberikankepada Tribhangi (harfiah, rihat tiga
bahagian), pergerakan bebas kepala, dada dan pelvis dan kekuda asas yang
lurus yang dikenali sebagai Chaukayang melambangkan Dewa Jagannath. Tarian ini bercirikan
pelbagai Bhanga (Kekuda), yang melibatkan hentakan kaki dan postur
seperti yang terlihat pada arca-arca India. Bhanga yang sering
kelihatan adalah Bhanga, Abanga, Atibhanga dan Tribhanga.
- Kathakali
Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain. Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik (rupa setan).Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.
- Mohiniyattam
Mohini Attam adalah tarian yang berasal dari Kerala. Tarian ini menceritakan tentang rasa cinta dan dedikasi terhadap dewa. Gerakan-gerakan dasar tarian ini adalah Adavus yang dibagi menjadi 4 bagian, Taganam, Jaganam, Dhaganam, dan Sammisram. Para penari Mohini Attam mengenakan riasan yang realistis dan kostum yang lebih sederhana jika dibandingkan dengan tarian yang lain.
- Kathak
Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yang diimport oleh istana diraja era Mughal.
- Kuchipudi
Kuchipudi adalah sebuah tarian India klasik yang berasal daripada Andhra Pradesh, India. Ia juga terkenal di seluruh India Selatan. Kuchipudi adalah nama sebuah kampung di Divi Taluka terletak di daerah Krishna yang bersempadan dengan Teluk Bengala. Berdasarkan lagenda, seorang anak yatim bernama Siddhendra Yogi dianggap sebagai pengasas tradisi drama-tarian Kuchipudi
Untuk maklumat lanjut sila klik Tarian Tradisional Kaum India