Thursday, 8 September 2016


Tarian Kaum India 


  • Bharathanatyam


Image result for bharatanatyam


         Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian kaum india. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
          Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

  • Odissi 


Image result for odissi dance

        Tarian Odissi  juga dikenali sebagai Orissi ialah satu daripada lapan bentuk tarian klasik india.Tarian ini berasal dari negeri Odisha di bahagian timur India. Berlandaskan bukti arkeologi, tarian ini merupakan bentuk tarian yang masih kekal yang tertua di India.Treatis klasik tentang tarian India, Natya Shastra, merujuk kepadanya sebagai Odra-Magadhi. Timbulan bes abad pertama SM yang terdapat di bukit-bakau Udaygiri (berhampiran Bhubaneswar) menjadi bukti kepurbaan bentuk tarian ini. Tarian ini disekat dalam zaman Raj British akan tetapi sudah dipulihkan semenjak kemerdekaan India.
       Bentuk tarian ini dibezakan daripada bentuk-bentuk tatian klasik India yang lain dengan keutamaan yang diberikankepada Tribhangi (harfiah, rihat tiga bahagian), pergerakan bebas kepala, dada dan pelvis dan kekuda asas yang lurus yang dikenali sebagai Chaukayang melambangkan Dewa Jagannath. Tarian ini bercirikan pelbagai Bhanga (Kekuda), yang melibatkan hentakan kaki dan postur seperti yang terlihat pada arca-arca India. Bhanga yang sering kelihatan adalah Bhanga, Abanga, Atibhanga  dan Tribhanga.


  •  Kathakali


Image result for Tarian Kathakali

      Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain. Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik (rupa setan).Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.


  •  Mohiniyattam


Image result for tarian mohiniyattam

         Mohini Attam adalah tarian yang berasal dari Kerala. Tarian ini menceritakan tentang rasa cinta dan dedikasi terhadap dewa. Gerakan-gerakan dasar tarian ini adalah Adavus yang dibagi menjadi 4 bagian, Taganam, Jaganam, Dhaganam, dan Sammisram. Para penari Mohini Attam mengenakan riasan yang realistis dan kostum yang lebih sederhana jika dibandingkan dengan tarian yang lain.


  • Kathak




         Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yang diimport oleh istana diraja era Mughal.


  • Kuchipudi



        Kuchipudi adalah sebuah tarian India klasik yang berasal daripada Andhra PradeshIndia. Ia juga terkenal di seluruh India SelatanKuchipudi adalah nama sebuah kampung di Divi Taluka terletak di daerah Krishna yang bersempadan dengan Teluk Bengala. Berdasarkan lagenda, seorang anak yatim bernama Siddhendra Yogi dianggap sebagai pengasas tradisi drama-tarian Kuchipudi

Untuk maklumat lanjut sila klik Tarian Tradisional Kaum India